Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Sembunyi - Mista Kudique

Sembunyi

Lirik Lagu

Mista Kudique



Oh yo MK



Pacainderaku kedalam hibernasi

Lihat dalam pelbagai sudut cuba rungkaikan situasi

Sudut tiga berpaksi kini cuba mendominasi

Hidup bertuhankan deria terperangkap dalam simetri



Sembunyi dalam ramai sesak dalam merintis

Dari bijak pandai larat hingga ke kapitalis

Polisi dunia baru berteraskan nilai satu

Tiada kompromi yang pandai jadi seteru



Lemah tidak berdaya yang tahu cuma mengeluh

Berpura-pura buta walau terang lagi bersuluh

Kata bukti dikunci tidak dibenarkan lepas

Jika ada yang bolos maka berakhirlah nafas



Awas bila lafaz takut temu nahas

Medium interaksi semuanya telah dilaras

Dikawal bagai boneka seawal mulanya drama

Tapi aku tetap aku dan ku percaya pada karma



Chorus (x2):

Kalau kamu berkuasa kenapa harus bersembunyi

Tidak perlu rasa takut sila tunjukkan diri

Terima arus tentangan dalam bentuk puisi

Luaran aku kosong tapi dalaman aku berisi



Setiap langkah kukuh ku kemaskan percaturan

Tiada gerak ku ukir persetankan peraturan

Dah bosan diperbodoh diperlekeh dipersalah

Tiba waktu untuk maju bangkitnya seorang narah



Aku tak berjawat macam mario dan sonic

Tak perlukan cendawan ataupun kuasa tonik

Ku percaya pada Dia sebab hanya ada satu

Yang akan datang tadbir bila tiba akhir waktu



Kamu meluru namun aku takkan berundur

Aku kan berjuang selagi belum terkubur

Tanah tumpah darahku hingga titis terakhir

Hidup demi maruah itu sebab aku lahir



Ku tak bazir ayat setiap satu ada nilai

Akan ku pastikan kamu hentikan tawa hilai

Bila kamu jatuh jangan harap bangun lagi

Aku bukan cakap kosong nah ini satu jari



[Chorus]