Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Batas Menanti - Fauziah Latiff


Batas Menanti
Lirik Lagu Melayu
Fauziah Latiff

Mahu ku bawa saja hati ini
Dan pergi jauh dari sisi
Sangkar hidupmu
Kerana tak sanggup lagi ku berdepan
Dengan setiap cemuhan
Mata yang memandang

Andai benarlah apa yang diduga
Tak guna memendam rasa
Antara kita
Padam biarkan tak lagi bernyala
Api kebencian cuma
Tak menguntungkan sesiapa

Yang manakah satu
Pilihan buatku
Nampak berterusan
Sengaja kau biarkan
Diriku terkapar-kapar hampir tenggelam
Dalam lautan hempudu kasihmu
Ku sendiri berenang-renang mencari tepian

Telah ku nekad terima segala
Di dalam bentuk apa jua
Keputusannya
Kini batas kesabaran menanti
Cukup rasanya di sini
Ia berakhir