Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Mari Mengundi - One Nation Emcees

Mari Mengundi

Lirik Lagu

One Nation Emcees



Marilah mari pergi mengundi

Jangan lupa kewajipan pada negara



Hoo..

Marilah mari pergi mengundi

Jangan lupa kewajipan pada negara



Mari-mari pergi mengundi

Kita tegakkan demokrasi

Jangan lupa kewajipan pada negara

Mari-mari pergi mengundi

Kita tegakkan demokrasi

Jangan lupa kewajipan pada negara



Pilihanraya tiba lagi

Semarak demokrasi

Semak butiran pengenalan diri

Datang awal seawal pagi di pusat mengundi

Yang muda yang tua serta kurang upaya

Pakailah yang sopan yang penting lambang parti tak ada

Jari telunjuk pastikan jelas tiada tanda

Ikutlah peraturan jangan cari masalah



Marilah mari pergi mengundi

Jangan lupa kewajipan pada negara



Hoo..

Marilah mari pergi mengundi

Jangan lupa kewajipan pada negara



Bila masuk jangan lupa kad pengenalan

Biar ejen calon puas hati dengan kesahihan

Baru urusan lancar mantap dijalankan

Nama dipanggil tolong tunjukkan

Untuk dicalit jari telunjuk tangan kiri

Sebelum memangkah harus hati-hati

Ada parlimen ada negeri

Undilah calon pilihan hati sendiri



*pangkah dipetak yang betul

supaya undi tidak ditolak

*lipat kertas undi

dan masukkan ke peti undi yang betul

*segera beredar selepas selesai

*ada pertanyaan SPR sedia membantu



Mari mari jam lapan kita mula

Mari mari sehingga jam lima

Mari mari depan ejen undi dikira

Ha.. keputusan segera



Mari-mari pergi mengundi

Kita tegakkan demokrasi

Jangan lupa kewajipan pada negara

Mari-mari pergi mengundi

Kita tegakkan demokrasi

Jangan lupa kewajipan pada negara



Marilah mari mari bersama

Demokrasi terus dibina jelas ternyata

Pilihanraya suara semua

Jangan lupa kewajipan pada negara