Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Memori Cinta Luka - Nassier Wahab

Memori Cinta Luka
Lirik Lagu
Nassier Wahab

Seindah pada waktu itu
Dalam sendu membelaiku
Asmara melewati kala sendu

Tersurat perpisahan ini
Melayari hari
Terpadamlah api cinta yang menyala

Bukan alasan itu
Yang ku mahu darimu
Impian yang ku bina pudar layu
Tiada bermakna
Setelah lama ku korbankan
Tiada bererti
Dan biarlah terasing disini

Hanya saat ini yang akan menentu
Pasti tidak kau menoleh
Pada waktu indah itu
Hanya saat ini merubah dirimu kasih
Meresapi jiwamu yang lara

Tidak kuduga mengapa begini
Berakhirnya kisah cinta nan luka
Tak mungkin akan bersinar kembali
Tak mungkin kau sedari

Musnah semua janji yang terucap
Dalam senyum menusuk di dada
Dan kini kau telah pergi
Tinggalku sendiri