Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Raikan Aidilfitri – Sleeq, Fauzie Laily, Daly, Zizan Raja Lawak

Raikan Aidilfitri

Lirik Lagu Hari Raya Lebaran

Sleeq, Fauzie Laily, Daly, Zizan Raja Lawak



[Fauzie Laily]

Sudah bermula suasana

Riuh rendah bahagia bersama

Dan satu nikmat hari raya

Tidak kira jika anda berada dibahagian lain dunia



Cahaya menyala

Mewarnai hari raya

Teruja semua bergaya

Eratkan hubungan hubungan sesama



Raikan aidilfitri oh yeah

Raikan aidilfitri oh ya



[Sleeq]

Aku mulakan

Songkok kau terlalu ke belakang

Oh memang fesyen orang kita sekarang ni banyak yang berubah lagi menarik

Tapi ceritanya tetap sama

Sudah makan dan minum teh tarik atau air yang banyak warna



[Daly]

Muslimin muslimat ku ucapkan selamat menyambut hari raya

Dimana saja kau berada doaku untuk semua

Doa kebahagian doa kesejahteraan doa keamanan

Dihari penuh beerti semoga kita diberkati

Semoga tercapai apa yang jua kita dihajati

Doakan untuk semua doakan untuk dunia doa sepenuh hati

Jangan sekali berhenti



[Fauzie Laily] Sudah bermula suasana

Riuh rendah bahagia bersama

Dan satu nikmat hari raya

Tidak kira jika anda berada dibahagian lain dunia



Cahaya menyala

Mewarnai hari raya

Teruja semua bergaya

Eratkan hubungan hubungan sesama



Raikan aidilfitri oh yeah

Raikan aidilfitri oh ya



[Zizan]

Ada tangisan syukur

Ada tangisan kehilangan

Ada tangisan yang mengalir bila melihat tangisan yang didepan

Ada wajah ceria

Ada juga wajah yang hiba

Ada juga yang memilih untuk berdiam sahaja



(Ada) ada yang berada

(Ada) ada yang tiada

(Ada) ada juga yang tidak punya sesiapa

(Ada) ada yang meriah

(Ada) ada rasa terhina

(Ada) yang penting kita bersyukur kepada Nya



[Fauzie Laily & Sleeq]

Cahaya menyala

Mewarnai hari raya

Teruja semua bergaya

Eratkan hubungan hubungan sesama



Raikan aidilfitri

Raikan aidilfitri

Raikan aidilfitri

Oh raikan