Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Selangor Punya Cerita - Noname

Selangor Punya Cerita

Lirik Lagu

Noname



Negeri Selangor sejak berpindah kuasa

Amat tersohor kerana rumah urutnya

Tempat pelacur berkelas antarabangsa

Konon mengurut urut mengurut kadang kadang tak mengurut

Jual tubuh sebenarnya



Orang berniaga semua pening kepala

Kedai disewa harganya berkali ganda

Mana janjinya sebelum pilihanraya

Hendak berjasa bantu bantu konon negeri kebajikan

Tapi habuk pun tak ada



Timbul cerita bertimbun sampah sarapnya

Busuk baunya menggangu rakyat jelata

Negeri maju kini berubah wajahnya

Tempat berkampong sampah sampah sini sampah sana sampah

Ini tanggungjawab siapa



Air Selangor satu lagi masalah

Sudah ditegur tapi tak berubah ubah

Rizabnya sikit merancang berdegar degar

Sampai sekarang rancang rancang bertindaknya jauh panggang

Nanti mandi tadah hujan



Kalau dikaji ditilik dan diteliti

BN lah juga nombor satu hai dihati

Setiap janji dikota dan dipenuhi

Bukan berjanji undi undi semuanya pancing undi

Tapi janji dipenuhi



Dah sampai masa kita buka otak kita

Fikir yang elok jangan janji yang menggoda

Kaji dan tengok siapa yang berwibawa

Mampu perintah maju maju bukan janji tabur janji

Kita tukar yang dah ada



Telah terbukti BN lah yang nombor satu

Yang ada sekarang semuanya macam hantu

Masa mengundi janjinya menyentuh kalbu

Bila dah menang tangguh tangguh semua tertangguh tangguh

Nyata BN nombor satu