Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Ampunkan Kami Tuhan - Zahran

Ampunkan Kami Tuhan

Lirik Lagu Nasyid Langkah Perjuangan

Zahran



Ampunkanlah dosa kami Tuhan

Kami selalu membuat dosa

Maafkanlah kami wahai Tuhan

Agar selamat kami dari neraka



Anugerahkanlah kami taubatMu Tuhan

dan Kau adalah penerima taubat

Kami tak mampu masuk nerakaMu

Kerana azab yang gerun dan dasyat

Tidak terperikan



*

Dengan rahmatMu Tuhan ampunkanlah kami

Atau dengan kemaafanMu ampunkanlah kami

Kalau Engkau azab kami

Kamikan jua hambaMu Tuhan



KebesaranMu tetap tidak terjejas

Kau ampunkan kami keampunanMu tidakkan tergugat

Kerana tiada siapa yang boleh mengampunkan

Kerana setiap itu adalah ciptaanMu



*



Kami sentiasa mengharap

Kami sentiasa meminta

Kami takkan berputus asa dengan Mu selama-lamanya

Kami tidak jemu-jemu meminta dengan rahmatMu



*