Dugaan Bidasari
Lirik Lagu Melayu
Sharifah Aini
Sharifah Aini, Aishah, Farah AF2 dan Bob AF2
Tersebutlah perkataan Johan Indera
Menjadi sultan di Inderapura
Kerajaannya besar di dalam daerah
Berpuluh menterinya dan wazirah
Selama sudah ia beristeri
Dengan puteri Lela Sari
Kasih dan sayang tiada terperi
Barang maksudnya baginda seri
Elok matanya mengerling manis
Senyumnya patut memalis
Kulitnya seperti cempaka wilis
Laksana gambar baharu ditulis
Demilah didengar baginda puteri
Dayang memuji Bidasari
Sakit hatinya tiada terperi
Laksana bagai ditusuk duri
Baik aku ambil dengan tipuku
Supaya jangan jadi maduku
Lamun Bidasari dalam tanganku
Sehingga mati puas hatiku
Adapun akan baginda puteri
Ditaruh di bilik Bidasari
Duduklah ia seorang diri
Rasanya takut sangatlah ngeri
Segala dayang-dayang pergi mencari
Hendak menjenguk Bidasari
Di bilik dikunci oleh tuan puteri
Seorang pun tak dapat pergi ke mari
Digulung rambutnya oleh puteri
Diambil kayu dibedal sendiri
Sangatlah menangis Bidasari
Pingsan tiada kabarkan diri
Lalulah bermadah baginya Siti
Tuanku jangan berusak hati
Jika hendak patik segeralah mati
Suruhlah ambil suatu peti
Bidasari menyembah seraya mengatakan
Semangat patik di dalam ikan
Serta siang tuanku angkatkan
Jikalau malam tuanku rendamkan
Sembarang jangan tuanku tempati
Dibatang leher tuanku ikati
Jikalau demikian tuan perbuati
Patik yang hina sangatlah mati
Setelah sudah ia berkata
Letih lesu tiada berdaya
Baginda puteri sangat percaya
Disangkanya mati sudahlah ia
Sampai hati akan tuan puteri
Berbuat demikian akan Bidasari
Dibawanya masuk tujuh hari
Sehingga mati akan dihantari
Setelah sudah ia berkira-kira
Dengan sahayanya sama bicara
Fikir saudagar dengan segera
Rumah dibuat dirimba belantara
Sebab kubawa tuan ke mari
Tempat yang jauh daripada negeri
Kerana tuan hidup malam hari
Kalau diketahui oleh tuan puteri
Turunlah ia dua laki isteri
Meninggalkan anaknda seekor nuri
Sangatlah pandai ia berperi
Melipurkan hati Bidasari