Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Epilog Kasih - Safwany

Epilog Kasih

Lirik Lagu Nasyid Suara Safwany

Safwany



kasih sayang fitrah manusia

anugerah tuhan yang maha esa

bersemadi di jiwa sejak azali

takkan dapat untuk kita hindari



tidak mahu tanah menumbuhkan bunga

tak sudi bintang dan bulan bersinar

tak mahu siang berganti malam

andai hidup tanpa rasa cinta



tatkala berlabuh kasih di jiwa

ramai yang alpa dan lupa diri

adat dan syariat sebagai batasan

menguji keimanan insan yang berkasih



bertautlah kasih bercambahlah taqwa

berbungakan iman berdaun aqidah

subur disirami embun keyakinan

teguhlah cinta pada yang kuasa



usah biar amarah menguasai

hidup yang dikurnia pastikan binasa

terlajak perahu boleh diundur lagi

terlajak kata hilang percaya



junjunglah mahkota kasih di hati

membimbing peribadi ke jalan ilahi

gemilang tamadun yang tersohor

iman dan taqwa mengarus zaman