Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Fikir - Ar Raid

Fikir

Lirik Lagu Nasyid

Ar Raid



Renungi diri itu dalam cermin tafakur

Bukankah tuhan itu Maha Sempurna

Insafi diri itu dengan bersyukur

Tanpa rahmat-Nya kita tiada



Siapa kita untuk menderhaka?

Sedangkan kita tiada saham untuknya

Siapa kita untuk terus kufur?

Sedangkan tuhan murah nikmat-Nya



Namun masih ada yang leka

Seakan mencabar Yang Maha Kuasa

Tidakkah kita gerun neraka?

Azabnya tak tertanggung oleh kita yang lemah

Betapa beruntung orang yang bertaqwa



Mari bersama mengenal diri

Supaya dapat menginsafi

Menjadi hamba yang berperibadi

Mudah mudahan selamat di dunia akhirat

Buat mereka yang mahu berfikir