Fikirkan – Feelheart
Fikirkan
Lirik Lagu Nasyid Fikirkan
Feelheart
Kadangkala ada ku terfikir,
Cinta itu tak memberi makna,
Namun setelah ku menyedari,
Cinta Tuhan itu yang hakiki.
Oh sedar sedarlah kawan,
Cinta yang kau buru itu kealpaan,
Namun jika benar engkau rindu,
Pilihlah cinta yang direstukan.
Ingin ku berkasih,
Ingin ku bercinta,
Ingin ku miliki,
Kasih yang sejati.
Oh Tuhan tunjukkan,
Jalan kebenaran,
Untuk ku miliki,
KasihMu.
Lenyapkanlah cinta yang palsu,
Hadirlah cinta yang mendamai kalbu,
Ku menanti hanya cinta Tuhan,
Memberi erti dalam kehidupan.
Dulu – dulu ku cuba,
Ku cuba sahut seruan untuk bercinta,
Tapi ku menolak bukan kerana kecewa,
Tapi untuk mengukuhkan rasa cinta,
Kepada Tuhan yang Esa.