Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Imam Syafie - Mawaddah

Imam Syafie

Lirik Lagu Nasyid Peribadi Contoh

Mawaddah



Marilah kita cuba contohi perjuangan hidup Imam Syafie

Berbekal keimanan dia mengembara mencari ilmu merata dunia

Belajar dengan ramai ulama yang bertaqwa dan berilmu tinggi

Umur 7 tahun hafal Al-Quran

10 tahun menghafal kitab besar

Ingatannya tajam kerana menjaga diri dari dosa dan makanan haram

Hatinya ditempa makanan halal mudah menerima kebenaran

Ia pencinta Tuhan hingga diberi ilmu dan hikmah

Membaharu agama dizamannya

Pemimpin yang adil dan berani



Ilmunya banyak jadi panduan

Hinggalah dia diberi gelaran Imam musytahid sangat cemerlang

Padahal dia hanya seorang anak yatim yang dibesarkan ibu yang miskin dan hidup merata-rata



Miskin dan penderitaan telah membuatkan hatinya berjiwa besar

Hanya pada Allah dia bergantung dari Allah dia mendapat pembelaan

Dia contoh untuk ikutan pembela ilmu yang bermodalkan iman dan taqwa kepada Tuhan

Moga kita Tuhan berikan iman dan ilmu sebagai panduan membina hidup yang lebih gemilang



Wahai generasi muda mari membina insaniah kita

Bangunkan tamadun ilmu jauhi maksiat dan dosa

Marilah kita guna akal yang tinggi

Jiwa kuat dan nafsu terkendali

Semoga kita dapat ulangi sejarah hidup Imam Syafie