Impian
Lirik Lagu Melayu
Mirwana G19
telah lama kita dibelenggu
terus menerus kita diganggu
kewarasan iman menjadi lesu
kerana menurut nafsu
ayuhlah kita
menadah tangan
menampung langit dengan harapan
moga terbuka pintu rahsia
kearah hidup yang lebih sempurna
masyarakat hidup aman
akan menjadi kenyataan
modal insan teras pembangunan
misi negara dilaksanakan
hidup bahgia sepanjang zaman
impian dijalinkan
menuju kebahagiaan
masyarakat terus mara
reda ilahi memayungi kita
kitalah pewaris ummah
generasi harmoni saadah
jadikan perjuangan indah
namun jua masih ada
yang buta melihat dunia
dalam terang sinar suria
tak nampak jalan bahagia
ingatlah semua
kehidupan kita didunia
bukan hanya mengejar keseronokan
bukan hanya mengejar keasyikan