Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Kembara - Mirwana

Kembara

Lirik Lagu Nasyid G.E.N.E.R.A.T.I.O.N.S

Mirwana



Dalam perjalanan

Menuju destinasi pasti

Ada yang sedar

Ada yang masih kebingungan



Ada pelbagai rintangan

Dan persimpangan pastikan

Tidak akan tersilap

Dalam memilih haluan



Andai tersilap langkah

Pulang segera ke pangkalnya

Jika kau teruskan jua

Nanti kau sesat dan merana



Tika itu

Tak mungkin kembali

Untuk mengulangi perjalanan

Dan engkau pun menyesal

Dan menangis keseorangan



Inilah

Kembara kita

Di dalam perjalanan



Perjalanan

Yang menjanjikan

Sengsara dan kemenangan



Perjalanan kita ini

Menuju ke alam akhirat

Telah dimaklumkan

Dan dijelaskan

Dalam Al-Quran



Bawa bersamamu bekalan

Pahala dari amalan semoga

Dirimu dihindarkan dari azab neraka



Di sana kita dihimpunkan

Di hadapan Allah Yang Esa

Tiada siapa yang dapat membantu

Kecuali amalan kita



Oleh itu berimanlah

Dan beramal di dunia

Kerana ia

Jambatan untuk ke sana