Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Kerana Cinta - Mestica

Kerana Cinta

Lirik lagu nasyid layar keinsafan

Mestica



Cinta itu cahaya sanubari

Kurnia tuhan fitrah insani

Kan dimana terciptanya cinta

Disitu rindu bermula



Cinta itu tidak pernah meminta

Tetapi memberi sepenuh rela

Rasa bahgia biarpun sengsara

Berkorban segala gala



Semua kerana cinta

Yang pahit manis dirasa

Menghibur nestapa merawat duka

Damai dijiwa



Terpadam api benci permusuhan

Terjalinlah kasih sayang

Begitulah cinta yang diidamkan

Tanpa nafsu yang mencemarkan



Dan jangan pula kerana bercinta

Kita pun leka entah kemana

Dan jangan pula kerana bercinta

Tergadai semua maruah agama



Cinta yang sejati

Hanya cinta kan illahi

Cinta ayah bonda

Tulus suci selamanya

Cintakan saudara masa

Berada hanya sementara

Cinta sesama insan

Suburkan dengan ketaqwaan