Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Puasa Dulu Baru Raya - Raihan

Puasa Dulu Baru Raya

Lirik Lagu Nasyid Ameen

Raihan



Sahaja aku berpuasa esok hari,

Untuk menunaikan fardhu Ramadhan,

Tahun ini kerana Allah.



Puasa ertinya menahan diri,

Dari lapar dan dahaga,

Juga perkara yang membatalkan,

Dari terbit fajar sehingga Maghrib.



Puasa melatih kita sabar,

Puasa menjadikan kita sihat,

Puasa perlukan keikhlasan,

Di dalam bulan Ramadhan.



Hendaklah kita banyak sedekah,

Jangan lupa pula baca Al Quran,

Juga berzikir dan berdoa,

Dan berselawat ke atas Nabi,



Paling penting sebelum berhari raya,

Tunaikanlah zakat dan fitrah,

Agar kita dapat meraikan bersama,

Tanpa mengira miskin dan kaya.



Kini tibalah saat yang dinanti,

Hari kemenangan bagi kita,

Selamat berhari raya.