Seni Hiasan Iman
Lirik Lagu Melayu
Me See
Berjalan bermusafirlah
melihat kebesaran Tuhan yg diciptakan
untuk dinilai oleh dua mata
Mencari ketenangan
kedamaian yang abadi
demi mencapai kesempurnaan iman
Dan kerananya
kita kecapi
segala keindahan dunia
Perhati burung berterbangan
air yang tenang mengalir
hutan yang subur menghijau
semuanya kerana Tuhan
seandai diperhati dan diteliti
segalanya ada keunikan dan kesenian
Tidakkah tergambar
mahu dinilaikan
apa lagi difikirkan insan
Mencari ketenangan
kedamaian yang abadi
demi mencapai kesempurnaan iman dan taqwa
Renunglah kalam Tuhan
dengarlah dan amati
gulana hati kan menjadi tenang
Begitulah juga keutuhan
binaan agung di dunia
yang tidak lesu berzikir
pada Allah Yang Maha Esa
pun begitulah hukum hidup insan
seiring fitrah tanpa memberatkan selagi hayat ada
menjadi keunggulan
seluruh umat
mengatasi segala kuasa dunia
ini yang dinamakan
keagungan Tuhan
seni iman insan yang murni