Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Sesekali - Wildan

Sesekali

Lirik Lagu Melayu Melakar Cinta Di Pintu Syurga

Wildan



sesekali kita perlu derita

sesekali kita perlu kecewa

untuk kita mengenali erti bahagia

untuk kita mengenali erti berjaya



sesekali kita perlu menangis

sesekali kita perlu terhiris

untuk kita mensyukuri nikmat yang di beri

untuk kita mengenali diri sendiri



ujian yang datang menguji kesabaran

perlu keimanan dan ketakwaan

sebagai hamba kepada Tuhan kita harus bertahan

jalan ke syurga penuh dengan likuannya

penuh dugaan dan rintangannya

hanya yang cekal dan yang tabah

pastikan menemuinya



masihkah lagi mahu menghitung

sedikit mehnahNya

jika dibanding dengan selaut rahmat dan nikmatnya

seharusnya kita rasa bersyukur dan berlapang dada

itulah tanda kasih sayang Allah

kerana kita sering terlupa

pohonkan doa kepada Tuhan

agar beroleh keredhaan