Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Tentera Allah - Mawaddah Kecil

Tentera Allah

Lirik Lagu Nasyid Kenalilah Allah

Mawaddah Kecil



Maha Suci Tuhan, mempunyai tentera yang banyak

Ada yang dapat dilihat

Ada juga yang sebaliknya

Ada tentera yang nyata

Ada yang tak dapat dilihat seperti malaikat

Dan juga rijalulghaibnya



Mereka itu bertaburan dan juga bertebaran

Jika diarah untuk bertindak

Tiada siapa yang dapat menghalang



Gunung-gunung yang gagah adalah tentera Tuhan

Angin petir juga, tentera yang memusnah apa sahaja

Air adalah tentera yang membawa kereta kebal

Yang merempuh apa yang dihadapannya



Tentera inilah

Yang telah menghapuskan kaum yang ingkar

Di zaman Rasul, Nabi dan juga umat dahulu

Yang telah memusnahkan kaum Lut yang derhaka

Yang telah menenggelamkan Firaun

Dan orangnya yang angkuh



Tentera ini akan bertindak

Apabila kaum membuat angkara

Hendaklah takut Tentera Tuhan

Kerana tiada yang dapat menghalang!