Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Berakhir Kemarau Di Hati - Fauziah Ahmad Daud

Berakhir Kemarau Di Hati

Lirik Lagu

Fauziah Ahmad Daud



Kenangan lalu terhapus kini

Kerana ku telah mengerti

Hidup di dunia ini pengembaraan

Yang sukar buat kita, sayang…



Apa gunanya kubiarkan diri

Diulit mimpi nan indah

Tapi sementara saja datangnya

Meninggalkan luka, betapakah…



Kehidupan masa depan nanti

Jika diturut kelemahan diri

Laku kubuka kamar hati

Sekian lama terkunci



Kemarau nan panjang akhirnya terhenti..

Berputiklah bunga-bunga di taman hatiku ini



Kala itu dikau pun tiba

Tak tahu dari mana

Bagai suatu rahmat datang tepat waktunya

Dikau dilahirkan membantuku

Mendirikan semula harapan

Yang telah luput oleh kehilangan

Dan kau memberi kekuatan

Tiada dapat kulupakan



Kemarau nan panjang akhirnya terhenti

berputiklah bunga-bunga di taman hatiku ini