Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Kekasih Awal Dan Akhir - Jamal Abdillah

Kekasih Awal Dan Akhir
Lirik Lagu Melayu
Jamal Abdillah

Malam berganti siang, siang berganti malam
Bagai berkurun lamanya masa memisahkan kita
Hingga kan terlupa pada paras rupa

Malam mencari mimpi siang mencari erti
Tersingkap seribu makna terucap seribu kata
Terkupaslah rahsia

Sekian lama berpisah akhirnya bertemu
Mengenang dosa mengenang rindu
Dan ternyatalah cintaku yang satu

Kau kekasih awal dan akhir
Kau kekasih batin dan zahir
Setelah ku sedari cintamu yang abadi

Tak ku hairan tak ku peduli
Walau bulan jatuh ke bumi
Dan hadir bidadari tak ku mimpikan lagi
Kerana kau lebih mengerti
Kerana kau lebih ku kasihi