Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Seloka Aidilfitri - THR Gegar

Seloka Aidilfitri

Lirik Lagu Hari Raya Lebaran

THR Gegar



[Selamat Hari Raya Aidilfitri

maaf zahir batin daripada kami di THR Gegar

Tiap-tiap tahun kami buat ucapan.

Ucapan memang best-best nye.

Kali ni kami nak buat lebih gempak,

kami nak nyanyi untuk anda semua.

Aku bayangkan aku Hail Amir deh.

Ha.. yela tu]



Indahnya sungguh di hari raya ramai orang bersuka ria

Indahnya sungguh di hari raya ramai orang bersuka ria

Adikku manis cantik bergaya bolehkah abang ikut bersama

Adikku manis cantik bergaya bolehkah abang ikut bersama



[Bolehla ikut dah pakai cantik-cantik ni kan

raya-raya nak ikut tak boleh ke?.

Tak boleh la bang bini orang ni tau]



Usahlah abang membuang waktu mari menuju ke rumah bonda

Usahlah abang membuang waktu mari menuju ke rumah bonda

Sanak saudara sedang menunggu di hari mulia bertemu mesra

Sanak saudara sedang menunggu di hari mulia bertemu mesra



[Zura.. Zura jom la beraya rumah abang,

mak abang nak jumpa

Eh.. mano buleh macam tu kenela datang rumah

datang meminang. Ha.. tu baru betol caro dio]



Katamu itu abang mengerti ku sanjung budi puteri ibunda

Katamu itu abang mengerti ku sanjung budi puteri ibunda

Pada yang tua kita hormati barulah hidup saling bahgia

Pada yang tua kita hormati barulah hidup saling bahgia



[Eh Naz bagilah duit raya kat aku ni.

Ha nak bagi apa deh ini apa pun takde nih.]



Miskin dan kaya sama sahaja hulurkan tangan berjabat mesra

Miskin dan kaya sama sahaja hulurkan tangan berjabat mesra

Saling bermaaf kita bersama lupakan saja sengketa lama

Saling bermaaf kita bersama lupakan saja sengketa lama