Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Suasana Di Hari Raya - Faizal Ismail, Farah Fauzana, Kieran, Ikhwan, Chad, Hadi, Angel, Upin dan Ipin

Suasana Di Hari Raya

Faizal Ismail, Farah Fauzana,

Kieran, Ikhwan, Chad,

Hadi, Angel, Upin & Ipin



Berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa

Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira

Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa

Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira



Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi

Tutur dan kata yang sopan saling memaafi

Suasana hari raya walau di mana pun jua

Memberi ketenangan dan mententeramkan jiwa



Kuih dan muih beraneka macam

Makanlah jangan hanya di pandang

Ketupat rendang sila nikmati kawan

Penat memasak malam ke pagi



Wajik dan dodol jangan lupakan

Peninggalan nenek zaman berzaman

Asyik bersembang pakcik dan makcik

Hai duit raya lupa nak diberi



Berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa

Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira

Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa

Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira