Arasy Dunia
Lirik Lagu Nasyid Syukran
Hafiz Hamidun
Hidup bagaikan kelekatu
Terbang gelap malam
Aku resah dalam kegelapan
Mendamba sinaran cahaya berlimpahan
Nyala nyala nyala yang diharap
Umpama rembulan penuh keindahan
Sayang hanya lampu di jalan
Panas bahang lantas terbakar
Lalu mati
Hidup ini medan kau beradu
Entah untung entah rugi
Pujuk nafsu selalu menipu
Kata hati kadang tak pasti
Gagal mentafsir makna
Itu ujian atau pun musibah
Hidup bagaikan kelekatu
Terbang gelap malam
Aku resah dalam kegelapan
Mendamba sinaran cahaya berlimpahan
Cari cari cari yang diharap
Umpama rembulan penuh keindahan
Sayang hanya lampu di jalan
Panas bahang lantas terbakar
Lalu mati
Tandus rasa hilang hidayahnya
Sepi dari titis rahmat
Layu hati dihembus pawana
Tinggal hanya kalbu yang usang
Kosong tiada sinaran iman di jiwamu
Pudar samar bintang nuranimu
Hancurlah runtuhlah segala angan indah
Rona-rona badai sang dunia
Kerana jalanmu tidak berpenghujung
Makin kejar makin menjauh
Kadang jatuh kadang tersungkur
Hingga lara
Arasy Dunia