Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Balada - Shoutul Amal

Balada

Lirik Lagu Nasyid Amal Kerana Allah

Shoutul Amal



Ayah dan ibu

Dengarlah rintihan hatiku

Kau selalu tiada disisiku

Aku bagaikan yatim piatu

Aku juga ingin seperti insan yang lain

Dahagakan kasih sayang dan juga belaianmu



Bila malam menjelma

Bersua denganmu cuma seketika

Bila fajar tiba kau dengan duniamu

Hidupku bagaikan padang pasir yang kering tandus

Menantikan titisan hujan yang tak kunjung tiba



Daku ditinggalkan keseorangan

Terumbang ambing sendiri

Di pentas duniaku

Aku bagaikan tidak berharga

Dibiarkan begitu sahaja oleh mu

Oh ayah dan ibu



Selamilah dan fahamilah lubuk hatiku

Anggaplah diriku permata hatimu

Yang perlu dibelai dan juga diasuh

Agar hidupku selamat di dunia dan akhirat



Manakah mahkota kebahagiaan

Yang kucari dan kuidamkan

Bakal membentuk keluarga yang harmoni

Hidup aman dan makmur

Sejahtera, bahagia dan sentosa



Lagu : Khairul & Azizan

Lirik : Khairul & Azizan

Solo : Abd Alim Zakaria.