Benci dan Sayang: Bersederhanalah
Lirik Lagu Nasyid Amanah Remaja
Nur Irsyad
Bila sayang pada si dia, sayangilah sekadar saja
Kerana mungkin di hari muka, kau akan membencinya pula
Rasa sayang dalam manusia, sentiasa diduga
Kekadang berubah, membawa nestapa, bersederhanalah
Bila benci pada si dia, bencilah sekadar sahaja
Kerana mungkin di hari muka, kau kan menyayangnya semula
Beginilah jiwa manusia, penuh pancaroba
Sentiasa tertanya, arahnya ke mana, nasibnya di dunia
Kasih dan sayang sesama manusia
Pasti diduga bersederhanalah
Benci dan dendam sesama manusia
Usah berpanjangan bersederhanalah
Benci sayang perasaan kita bak tegukkan bila dahaga
Sejuk panas banyak sedikitnya yang baik hanya sederhana
Jika ia dibiar liar bisa membinasa
Perlu berwaspada berteman bercinta bersederhanalah
Kasih sayang yang tak terhingga hanya untuk yang Maha Esa
Tiap masa di mana saja ingat pada Nya sentiasa
Cinta kitakan dibalasNya cinta tak terhingga
Ketenangan jiwa kesenangan dunia tempat di syurga Nya