Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Betulkan Sembahyang - Mawaddah

Betulkan Sembahyang

Lirik Lagu Nasyid Sembahyang Membina Peribadi Agung

Mawaddah



Kebaikan seorang hamba itu

Bermula daripada sembahyangnya

Dari situ bermula segalanya

kebaikan dunia dan akhirat

yang diidamkan



Apabila sembahyang tepat lahir batinnya

Tuhan anugerahkan rahmat dan berkat

Tuhan masukkan hidayah ke dalam hatinya

Jadilah peribadi agung



Akhlak yang mulia lahir dari sembahyang

Yang dhayati dan tepat syarat rukunnya

Kerana itulah betulkan dulu sembahyang

Sebelum yang lainnya



Chorus

Sembahyang tiang agama

Sembahyang ibu ibadah

Sembahyang sumber kebaikan



Belajar bersuci dengan tepat

Adalah wajib dilakukan

Supaya sembahyang kita tepat

Kerana bersuci salah satu syarat

Sahnya sembahyang



Sucikanlah diri dari hadas

Sucikanlah diri dari najis

Sucikanlah hati dari segala sifat jahat

Sebelum menghadap Tuhan

Lalu sembahyanglah dengan kusyuk

Menghadap Tuhan cinta Agung

Faham dan hayatilah apa yang dibaca



Chorus

Dirikanlah sembahyang

Betulkanlah sembahyang

Hayatilah sembahyang



Pada orang yang kusyuk sembahyangnya

Allah Taala akan bersihkan jiwanya

Sabar,redha,tawakkal pun berbunga

Segala sifat-sifat yang terpuji

Menghiasi dirinya



Itulah antara peranan sembahyang

Jika benar-benar dirasakan

Kita menghadap Tuhan yang Maha Agung

Raja segala raja

Hanya pada Allah kita menyembah

Hanya pada Allah kita memuja

Hanya pada Allah kita bergantung

Dan meminta-minta



Chorus

Allah yang Maha Besar

Allah yang Maha Kuasa

Allah yang Maha Pemurah



Janganlah kita anggap jiwa manusia

Boleh dibersihkan tanpa sembahyang

Jika sembahyang sudah mula dicuaikan

Atau tiada penghayatan

Maka seluruh pintu kebaikan

Akan tertutup dan terhalang

Kerana kita telah memutuskan

Hubungan dengan Allah