Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Buta Mata - Nadamurni

Buta Mata

Lirik Lagu Nasyid Yang Dirindu

Nadamurni



Buta mata tak nampak jalan di dunia

Kerana tidak nampak cahaya

Tidak tahu ke mana hendak dituju

Ke hilir atau ke hulu



Selamatlah di dunia fana ini

Bilamana mata tidak buta

Melalui pengalaman diri

Kerana jalan itu sudah biasa



Ada pedoman yang menunjuk kita

Tongkat di tangan membantu jua

Boleh jadi orang simpati yang membawa

Tapi jika buta hati menderita



Tidak nampak jalan menuju ke akhirat

Negeri yang kekal abadi

Tidak diukur, tidak diukur dengan mata

Kerana tiada kawan yang membantu

Tiada pengalaman yang memastikannya

Tiada pedoman menunjuk kita

Tidak ada yang simpati menolong kita

Dalam kegelapan terjun ke neraka



Menderita di negeri yang abadi

Tidak kembali ke dunia lagi

Tiada gunanya penyesalan diri

Oleh itu banyakkan ‘amal dan bakti