Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Cahaya KasihMu - Solehah

Cahaya KasihMu

Lirik Lagu Nasyid

Solehah



Di halaman nubari

Ada pohon cinta subur merendang

Mekar rimbunan bebunga setia

Kerana disirami keikhlasan



Dan keikhlasan itu

Lahir dari cahaya keimanan

Tanpa ragu yakin ku berteduh

Bawah pohon cinta yang terkukuh



Oh Tuhan kerana rahmatMu

Terjalin dan bersatulah cinta dalam redha

Oh kasih kerana budimu

Ikrar ku menjadi teman hidup yang solehah



Bukan kilauan intan permata

Dan bukan juga wang yang berjuta

Cukup sekadar setulus cinta

Membuat ku bahagia



Hanyalah satu permintaanku

Pimpinlah daku menuju restu

Moga simpulan kasih abadi

Kekal ke syurga nanti



Andainya berguguran

Dedaun kasih dihembus dugaan

Teguhkan kesabaran

Saling percaya dan bekerjasama

Memugar cinta