Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Cetuskan Kasih Sayang - Nadamurni

Cetuskan Kasih Sayang

Lirik Lagu Nasyid

Nadamurni



marilah kita berkasih sayang

kerana ia fitrah semua manusia

jika tiada kasih sayang

jiwa derita tiada bahagia



mari cetuskan kasih sayang bersama

merendahkan diri sesama kita

bertolak ansur bertimbang rasa

rasa bersama dan bekerjasama



yang kaya kita memberilah

fakir miskin hendaklah dibela

fakir dan miskin juga redholah

jgn keluh kesah jgn meminta



maaf bermaafan mestilah ada

bertolak ansur jadikan budaya

bersatu padu semua perkara

mengekalkannya iman mesti dibaja



sesama kita jangan berkasta

kerana manusia itu sama

kejadian kita sama sahaja

jangan berbangga dengan kedudukan



suburkan kasih sayang sesama manusia

orang tua dan yang berpangkat dihormati

anak-anak dan golongan bawah dikasihi

dunia pasti aman dan harmoni 2x