Dendang Kesyukuran
Lirik Lagu Nasyid Terlerai Kabus Di Terbit Fajar
Nahwan Nur
Alhamdulillah syukur atas nikmat Allah
Nikmat iman dan Islam yang terpelihara
Di bumi yang indah bumi Malaysia
Segunung rahmat yang dicurahkannya
Untuk kita
Rezeki yang melimpah ruah tiada terbatas
Hidup harmoni aman sentosa
Kemakmuran dan kedamaian
Antara rahmat Allah yang dilimpahkan-Nya
Ketulusan keikhlasan kunci utama
Hubungan erat sesama manusia
Mahabbah dan silaturrahim
Harus dijaga dan dipelihara
Begitu juga nikmat bahagia
Bukannya milik kita
Nikmat Islam dan iman juga
Itulah nikmat paling berharga
Jangan dirosakkan dengan sengketa
Dan mungkar durjana
Kurniakanlah kami iman yang jitu
Menongkah badai lautan nafsu
Jauhilah kami dari sifat mazmumah
Penghijab rahmat-Mu yang mencurah-curah
Ya Allah
Kerana rezeki-Mu
Janganlah kami kufur nikmat-Mu
Ya Allah
Kerana rahmat-Mu
Janganlah kami berpaling dari-Mu