Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Epilog Seorang Mukmin - DmenC

Epilog Seorang Mukmin

Lirik Lagu Nasyid Sejernih Air

DmenC



Orang mukmin yang sejati Jika terbuat dosa

Hatinya luka punah sedih dan derita

Jiwanya parah tak boleh melupakannya sepanjang masa

Kalau anggota lahir sudah tentu nampak berdarah

Kalau pun sembuh dari lukanya

Namun parutnya masih tetap ada



chorus

Ertinya ingatannya pada dosa

Tak boleh dilupakannya

Teringat sahaja Jiwanya tersiksa

Teringat sahaja ertinya derita

Payah sekali dia Mahu melupakannya



Perasaan ini anugerah

Dan nikmat dari tuhannya

Takut dengan dosanya itu

Buat syafaat padanya



Tersiksa dengan dosa

Derita dengan kesalahan

Dianggap oleh allah itulah

Hukuman pada hambanya

Moga di akhirat kelak terselamat

Daripada siksa neraka…



Chorus :



Begitulah hati seorang mukmin

Sentiasa sahaja ia bergelora

Kerana takut dengan tuhannya

Lebih lagi setelah terbuat dosa