Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Gurisan Rasa - Nahwan Nur

Gurisan Rasa

Lirik Lagu Nasyid Terlerai Kabus Di Terbit Fajar

Nahwan Nur



Hati rasa sayu

Melihatkan sikap hamba-Mu

Hati rasa syahdu

Memikirkan semua yang berlaku



Mengapa diburu nikmat yang di dunia

Sedangkan ianya tak menjanjikan bahagia

Gunakan mata hati

Leraikan mata nafsu

Dalam mencari erti kehidupan yang hakiki



Wahai Tuhan Yang Esa

Terbitkanlah semula

Rasa cinta mereka pada Islam

Jangan dibiarkan hidup mereka terleka

Menikmati rezeki-Mu yang ada



Peliharalah hati mereka

Agar tidak pudar disirna godaan..syaitan durjana



Ya Allah

Kurniakanlah keinsafan di hati mereka

Ya Rahman

Ikatkanlah hati mereka dengan iman

Ya Rahim

Mudahkanlah perjalanan hidup mereka

Agar bahagia dunia dan akhirat

Dilimpahi rahmat dicucuri berkat



Apa dayaku tak berkuasa

Untuk merubah segalanya

Kerana hidayah adalah milik-Mu

Yang tak terduga



Hanya pada-Mu ya Allah

Kuserahkan segalanya

Cetuskanlah rasa

Tunas keinsafan

Di hati mereka….