Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Huru Hara - Mel

Huru Hara

Lirik Lagu Nasyid Dunia Baru

Mel



Huru hara di mana-mana,

terjadi ditiap tempat & masa,

peperangan menggila membunuh manusia,

musnahkan harta,

kemiskinan di merata dunia.



penzaliman di seluruh dunia,

kerosakan harta hilangkan kemanusiaan,

kasih sayang hilang dari hati kita,

jiwa kosong dan menderita.



dimana pergi hidup dalam ketakutan,

kerna manusia penuh dengan keganasan,

kejahatan manusia lebih merbahaya,

akalnya merosak dan memperdaya.



dimanakah kita hendak pergi lagi,

kemanakah kita mahu selamatkan diri.



kemana kita hendak mengadu,

pada siapa kita minta pertolongan,

yang kaya kita tidak boleh harapkan,

orang besar juga sama sahaja,

para ulamak bukan lagi contoh masyarakat,

cerdik pandai petah berkata tanpa modal,



wahai Tuhan bantulah kami,

jangan biarkan kami menderita dan sengsara,

datangkan seorang penyelamat dengan segera,

membawa rahmat dan barokah.