Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Huru Hara - Nadamurni

Huru Hara

Lirik Lagu Nasyid

Nadamurni



huru hara berlaku dimana-mana

krisis terjadi disetiap tempat dan masa

peperangan menggila membunuh manusia memusnahkan harta

kemiskinan kemelaratan dimerata dunia



penzaliman terjadi diseluruh dunia

kerosakkan akhlak menghilangkan kemanusiaan

kasih sayang hilang dari hati manusia

jiwa manusia kosong dan menderita



dimana pergi hidup dalam ketakutan

kerana manusia telah ganas macam haiwan

bahkan kejahatan manusia lebih merbahaya

dengan akalnya manusia merosak dan memperdaya



aduh dimanakah kita dendak pergi lari

kemanakah kita mahu selamatkan diri

kemanakah oh kemana kita mahu mengadu

kepada siapakah nak minta penyelesaian



orang kaya tak boleh diharap lagi

orang besar juga sama sahaja

para ulama bukan lagi contoh masyarakat

cerdik pandai petah bercakap tiada modelnya



wahai Tuhan kami kasihanilah kami ini

jgn biarkan kami dalam derita lagi sengsara

seorang penyelamat datangkanlah segera

membawa rahmat dan karomah jua berkatnya