Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Iman Segalanya - Mawaddah

Iman Segalanya

Lirik Lagu Nasyid Kembali Kepada Tuhan

Mawaddah



Iman adalah segala-galanya

Iman sangat penting dan banyak peranannya

Siapa yang mendapatkan iman

Selesai masalah dunia dan akhirat

Iman adalah aset yang boleh dibawa kemana saja

Kemana pergi rahmat Allah mencurah-curah



Iman adalah perisai

Untuk menangkis kemungkaran dan maksiat

Iman adalah pedang yang membunuh sifat jahat

Yang merosakkan diri dan kehidupan manusia

Iman adalah tenaga pendorong untuk berbakti

Kepada agama bangsa dan negara



Iman dan taqwa dirasa oleh hati

Bukan sekadar ilmu di akal semata

Iman adalah gabungan percaya dan yakin

Dengan zat, sifat dan peranan Tuhan dalam kehidupan



Iman adalah pengubat hati

Daripada cabaran hidup dan penyakit jiwa

Agar hamba Allah sentiasa bahagia

Iman adalah benteng yang paling kebal

Daripada jatuh ke neraka yang dahsyat azabnya

Iman dan taqwa asas kejayaan yang selamat dan menyelamatkan



Iman dan taqwa dirasa oleh hati

Bukan sekadar ilmu di akal semata

Iman adalah gabungan percaya dan yakin

Dengan zat, sifat dan peranan Tuhan dalam kehidupan



Bawalah Tuhan kemana sahaja

Dia kawan yang paling setia

Milikilah Tuhan dan iman walau berkorban apa saja

Kerana Tuhan dan iman adalah segalanya

Kehilangan Tuhan dan kehilangan iman

Bererti kita kehilangan segala-galanya