Imbauan Silam
Lirik Lagu Nasyid Inspirasi
Soutul Jihad
Masih terbayang di hati insan
Indah permai kampung halaman
Ayah bonda kurindu selalu
Walaupun jauh di mata
Tetap dekat di hatiku
Kini kujauh di rantauan
Meredah kepahitan
Menempuh segala dugaan
Mencapai cita dan impian
Ingatan ayah dan ibu
Di dalam sanubariku
Kata-kata azimatmu
Menjadi pedoman hidupku
Kerana perjuangan
Akan kukorbankan
Demi sebuah kejayaan
Akan kubuktikan
Pesanmu kepadaku
Ta akan kulupakan
Agar kudapat melihat
Senyuman manismu kelak
Tika kepulanganku
Ke desa tercinta
Lagu : Salleh
Lirik : Zaini
Vokal : Mofaz & Shahir
Susunan Muzik : Abd Halim
Hakcipta Lagu : Syukrin SMAPL
Hakcipta Lirik : Syukrin SMAPL