Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Joget Gembira - Sharifah Aini

Joget Gembira

Lirik Lagu Melayu

Sharifah Aini

Ahmad Nawab & Sharifah Aini



Mari cik abang mari cik adik

Di majlis indah tari menari

Joget gembira di majlis ini

Hilangkan duka risau di hati



Senyum cik abang maniskan muka

Usah dirisau yang telah tiada

Pilih sahaja yang mana suka

Cuba mengubat hati yang terluka



Mari cik abang marilah menari

Cari pasangan berkenan di hati

Sila cik abang usah rasa malu

Mari cik abang mari menari



Mari cik abang kita mulakan

Majlis meriah di mala mini

Janganlah malu janganlah segan

Mari cik abang kita menari



Dengar cik abang kataku ini

Di sini tempat menghibur hati

Kisah yang lalu kita lupakan

Patahlah tumbuh hilang berganti



Tepuklah tangan berjoget gembira

Meriahkan majlis yang sangat berseri

Mari cik abang marilah menari

Jangan cik abang bersusah hati

(ulang rangkap 1 & 2)



Mari cik abang marilah menari

Cari pasangan berkenan di hati

Sila cik abang silalah menari

Janganlah malu marilah menari