Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Kasih Sayang - DeHearty

Kasih Sayang

Lirik Lagu Nasyid Di Hati

DeHearty



Umpama air yang mengalir

Sentiasa seiringan satu haluan

Itulah hakikatnya kasih sayang

Yang mekar subur di hati kita



(Sub-bridge)

Kasih sayang bak bunga di taman

Harus dijaga dan dibajai

Pastikan ia subur sentiasa

Agar harumannya dapat dirasai



(Chorus/Reff)

Kasihlah kita

Sesama manusia

Seperti kasih baginda pada kita

Abadikanlah

Di dalam jiwa

Kerana itulah kewajipan kita



(Ending 1)

Hapuskanlah segala persengketaan

Eratkan kembali persaudaraan

[Jalinkan kemesraan antara kita,

Syurga abadi menanti di sana] x2



ulang Sub-bridge

ulang Chorus/Reff

ulang Ending 1



(Ending 2)

Mari kita rapatkan ukhuwah

Kerna itulah tuntutan agama

Pasti kita kan bahagia

Hidup aman dan sejahtera