Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Kau Akan Pulang - Exist

Kau Akan Pulang

Lirik Lagu

Exist



Terhiris perasaan takku hiraukan

Kusudah melupakan salahmu sayang

Semenjak kau tinggalkan keseorangan

Semakin bertambah kegundahan… ohhh



Benarkah keriangan terbias hilang

Di kala rindumu menjelma

Adakah kau sama rasakan peritnya

Sedang kita seharusnya bahagia… berdua



Langit yang berbintang sendiri aku pandangi

Jika dulu engkau di sisi menemani

Kehangatan cinta saat itu

Terbiar layu… tanpamu di sisiku… aku sunyi



Sayang kuharap kau akan pulang

Dan meneduhkan rindu hatiku

Moga cinta kita bias dikekalkan

Dalam erti cinta sebenarnya



Aku damba kejujuranmu

Untuk kulayarkan kasihku

Keranamu ku mahu kau menjadi milikku



Aku mohon kesetiaanmu

Untuk ku mengecapi rindu

Biarlah kau terus menyemai kasihmu