Kau Tahu Mana Kau Pergi
Lirik Lagu Melayu
Sharifah Aini
Sharifah Aini
Kau tahu mana kau pergi
Kau cuba mencari kebahagiaan
Mana kau kan tuju kau tahu
Kau tahu apa kau mahu dalam hidupmu
Tanpa rasa ragu apa kau harapkan
Kau tahu haluan hidup yang kau tuju
Mencari ketenangan dijiwa
Ku sangat mencintaimu
Tiada lagi kata indah yang harus kuberi
Kau tahu aku berjuang dalam hidupku
Sebagai penghibur
Penuh suka duka kutahan
Pengorbanan pada yang jelak
Tiada siapa dapat menahankan
Mestikah kau gentar menghadapi
Kau pasti tahu apa yang kau lakukan
Kau tahu apa kau cari
Dalam penghidupanmu sehari-hari
Mana kau kan tuju kau tahu
Dapatkah yang engkau mahu
Bila kau pinta tanpa berusaha
Ke mana kau pergi kau hampa