Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Keagungan Illahi - NowSeeHeart

Keagungan Illahi

Lirik Lagu Nasyid

NowSeeHeart



Sebutir benih gugur ke bumi

Menjadi pepohon yang hijau merimbun

Mewarnai alam dengan keindahan

Untuk dinikmati oleh semua insan

Yang rindukan ketenangan jiwa



Luasnya alam yang indah terbentang

Lambang kebesaran dan keagungan Ilahi

Burung berterbangan di langit tinggi lambang kebebasan

Angin bertiupan mengumpul awan menurunkan hujan

Membasahi bumi menyubur tumbuh-tumbuhan



Naluri insan suka keindahan

Mengubat resah di jiwa dan di minda

Kurniaan Allah untuk semua insan

Yang mahu berfikir pada keagungan

dan kehebatan kuasa-Nya Tuhan



Tetapi ada yang suka menghancurkan

Memusnahkan alam dengan tangan yang kejam

Usah dicemari keindahan alam ciptaan Tuhan

Haruslah di jaga dan di pelihara bersama-sama

Sebagai tanda kesyukuran kita pada-Nya



Keindahan alam adalah bayangan

Pada syurga yang lebih kehebatannya

Betapa keindahan menanti di syurga

Indah di dunia hanya sementara

Tetapi di syurga kekal selamanya