Keamanan Sejagat
Lirik Lagu Nasyid
Noname
Setiap manusia mengharapkan
kedamaian dan juga kebebasan
namun sering berlaku
kekejaman penindasan
keganasan bermaharajalela
Tiada kesedaran wujud dalam hati dan jiwa
semua keegoan melebihi dari akalnya
hancurlah segala-galanya
Kedaulatan negara kesucian agama
kemesraan pelbagai bangsa harus dipelihara
ayuhlah wahai anak bangsa
kita sematkan di dalam dada
wujudkan suasana yang sentosa
untuk generasi warisan bangsa
Marilah kita bersama
mengecapi kejayaan
wujudkanlah suasana aman
selama-lamanya