Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Kenangan Sahabat - Unity

Kenangan Sahabat

Lirik Lagu Nasyid

Unity



Syahdu nian mengungkap kisah

Sayup jauh daku teringat

Di mana terukir lagi sejarah

Di mana kita menjerih keringat



Dalam berkumpul bersama

Penuh berita dan cerita

Ada juga nasihat berguna

Dikongsi sebagai pengajaran

Diturun diwaris digunakan

Penuh pedoman masa hadapan



Setiap perjumpaan wujudnya perpisahan

Pahit dan manis dijadikan kenangan

Semua adalah takdir kehidupan

Bersamalah saling bermaafan

Kerana kita semua insan biasa

Dari itu teruskan perjuangan



Ku juga ingin berpesan

Islam tetapkan dihadapan

Hanya itulah sebagai teman

Bekalan hari kemudian

Itulah keindahan Tuhan

Selagi kita berteman