Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Kerana-Mu Tuhan - Nahwan Nur

Kerana-Mu Tuhan

Lirik Lagu Nasyid Persada Nurani

Nahwan Nur



Kerana-Mu Tuhan kukehilangan teman

Kerana-Mu Tuhan kukeseorangan

Pasrah hatiku menerima takdir-Mu

Kerana Engkaulah pengatur segala



Kulayar sepi dengan zikir-Mu

Mengabdikan diri mengharap kasih-MU

Munajat pada-Mu untuk kekuatanku

Agar esok kembali cerah

Moga mampu belayar di lautan luas

Agar hidupku tenang kembali



Walau teman kini meninggal pergi

Namun perjuangan tetap kuharungi

Pemergianmu diiringi doa dan restu

Teruskan langkahmu tanpa rasa jemu

Semoga tabah meniti perjuangan

Semangat jihad teruskan berkembang



Semoga mahligai indah di syurga nanti

Menjadi pertemuan kita yang abadi

Kuyakini kitakan bersama juga

Kehendak Tuhan mengatasi segala