Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Lagu Kedamaian - Sharifah Aini

Lagu Kedamaian

Lirik Lagu Melayu

Sharifah Aini

Haron Abdul Majid



Dunia tentu

Aman dan damai

Tiada peperangan kejam

Andainya hubungan persaudaraan

Berhias unsur kejujuran



Mengapa manusia

Sentiasa mencari bencana

Kerana nama dan kuasa

Insan yang tak berdosa

Terkorban di hujung senjata

Akibat pemimpin durjana



Marilah kita bersama sama

Doakan kedamaian dunia

Semoga akan berakhir jua

Segala rasa permusuhan

Semakinlah perasaan cinta

Sesame insan di dunia

Hulurkan bantuan yang terdaya

Kepada magsa kezaliman



Iilah lagu kedamaian

Bernada harapan mulia

Dariku yang benci peperangan

Kurindu keamanan dunia

Bersama kita meyampaikan

Hasrat yang suci untuk semua

Penghuni alam maya tercinta

Juangkan kedamaian dunia

(1x)