Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Medley - Pesanan - Shoutul Amal

Medley – Pesanan

Lirik Lagu Nasyid Amal Kerana Allah

Shoutul Amal



Wahai kawanku dengarkanlah

Pesanan ini buat semua

Sebagai pedoman hidup kita

Buat bekalan di hari muka



Tua muda miskin dan kaya

Hidup di dunia tak lama

Kalau telah tiba waktunya

Kita tinggalkan dunia fana



Chorus:

Sudahkah kita tunaikan perintah Tuhan

Untuk bekal di akhirat nanti

Bencana alam di mana-mana

Itu tandanya peringatan



Wahai kawan sebelum terlambat

Taubatlah pada yang Maha Kuasa

Tunaikan segala perintah-Nya

Jauhkan semua larangan-Nya

(Solawat)



Lirik : Amin Shauqi

Lagu : Amin Shauqi

Solo: Mohd Sobri Abdullah