Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Membantu Ayah Ibu - Shoutul Sofwa

Membantu Ayah Ibu

Lirik Lagu Nasyid Akhlak Mulia

Shoutul Sofwa



Hati ku sungguh rasa berbangga

Dapat membantu ibu dan ayah

Tidaklah membuang masa sahaja

Diwaktu musim cuti sekolah



Ayah ku berniaga

Buku dan alat ibadah

Di kota dan didesa

Menyara kami sekeluarga



Berbagai ragam manusia

Sering kali kami jumpa

Baik hati berwajah ceria

Tak kurang pula yang masam muka



Ayah ku sering berkata

Berniaga banyak faedahnya

Harus cekal dan tabah

Jadikaan ia suatu ibadah



Bila petang pulang ke rumah

Ibu menunggu dengan juadah

Allah pengasih lagi pemurah

Memberi rezeki tak pernah sudah



Berniaga adalah sunnah

Suatu amalan Rasullullah

Mengajar kita bersikap amanah

Hidup kita pasti di berkati Allah