Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Menagih Kasih - Mel

Menagih Kasih

Lirik Lagu Nasyid Dunia Baru

Mel



Alangkah susahnya

untuk menagih kasih,

laksana mutiara yang sudah hilang.



cari di sana dan cari di sini,

dicari tapi sudah tiada lagi,



hati ini ibarat

bendang yang sudah gersang,

merkah di sana merkah di sini,

kerana hujan kasih sudah tidak menyiramku lagi.



kasih sayang sudah menghilang entah di mana,

sedang kasih sayang itu penghibur jiwa,

kosongnya jiwa manusia,

rasa berTuhan sudah tiada,

hidup dalam keluh kesah dan gelisah.



Tuhan tanamkanlah rasa mencintaiMu,

dalam hati kami, kalau kasih sayang

dari manusia tiada,

cukuplah kami hanya mahu dariMu,

semoga hati kosong ini terubati,



dengan kasih Agung

dari mengasihiMu,

inilah harap kami padaMu oh Tuhan,



Jangan biarkan kami terumbang-ambing,

selamatkanlah kami kasihanilah kami,



kasihMu pada kami berbalas pula,

segala masalah terungkai,

kembali…..