Menu Utama Pilih Lirik Lagu

Mengenal Nafsu - Generasi Harapan

Mengenal Nafsu

Lirik Lagu Nasyid Generasi Harapan

Generasi Harapan



Nafsu itu sangat jahatnya begitulah Tuhan memberitahu

Di dalam al-quran ada diceritakan untuk ingatan

Nafsu sifatnya dulu-mendulu kehendaknya tidak bertepi

Apa sahaja dia mahu



Halal ataupun haram dia tidak peduli

Yang penting apa sahaja perlu dimiliki

Kemahuannya sangat dahsyat

Hebat hingga menjadi sesat

Kehendaknya hingga badan penat

Dia tidak puas



Dia yang terima risikonya

Akibat kehendak-kehendaknya

Kemahuannya memudaratkan dan merosakkan



Masyarakat huru-hara kerananya

Manusia pecah-belah kerananya

Peperangan terjadi disebabkannya



Kehendak nafsu itu tidak pernah puas-puas

Dapat sedikit mahu lagi

Tamak pun datang bakhil menjelang

Mazmumah mula menguasai



Hati dah jadi menjadi derhaka pada Tuhannya

Angkara nafsu akal fikiran manusia dirosakkan

Cerdik pandai pula dibodohnya bahkan ditipunya

Manusia mengikut nafsunya tanpa memikirkan akibatnya

Hingga cerdik pandai berfikir sudah tidak normal lagi



Mereka yang telah dikudakan nafsunya

Itulah yang memikirkan kehidupan

Manusia lain yang juga telah rosak

Maka lahirlah kerosakan dalam kerosakan

Dunia bertambah parah dan bertambah lesu

Manusia terancam oleh nafsunya sendiri



Masyarakat huru-hara kerananya

Manusia pecah-belah kerananya

Peperangan terjadi disebabkan nafsu